IMPORTANT NOTICE:
  • Pada hari Isnin 16 Mac, Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur telah membatalkan rutin temuduga visa imigran dan bukan imigran. Dari 18 Mac, 2020, Kedutaan Amerika Syarikat tidak akan menerima permohonan Pengecualian Temujanji Visa, Pembaharuan Visa Melalui Mel, Drop Box, dan Mel masuk untuk semua kategori. Temuduga visa anda telah dibatalkan pada waktu ini. Kami akan menyambung semula rutin perkhidmatan visa secepat yang mungkin akan tetapi tidak dapat menyediakan tarikh yang tertentu pada masa ini. Yuran (permohonan) MRV yang sah dan boleh digunakan untuk permohonan visa dalam negara dimana ianya telah dibayar dalam masa satu tahun mengikut dari tarikh pembayaran. Jika anda mempunyai masalah segera dan perlu membuat perjalanan segera, sila ikuti panduan dan maklumat yang disediakan di //www.nikwun.com.cn/my, atau hubungi pusat panggilan di talian +60 3 9212 6000 untuk memohon temuduga kecemasan.
  • 福建22选5开奖号码查询 www.nikwun.com.cn Kemasukkan warga negara asing bagi mereka yang secara fizikal berada di antara negara yang telah disenarai berikut dalam masa 14 hari sebelum mereka memasuki atau cuba untuk memasuki ke Amerika Syarikat akan di sekat, menurut Pengisytiharan Presiden 9984, 9992, 9993, dan pengisytiharan berikutnya telah di keluarkan pada 14 Mac, 2020:

    -     United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara, tidak termasuk wilayah luar negara yang di luar Eropah;
     
    -     Republik Ireland;
     
    -     26 negara yang terdiri daripada Kawasan Schengen (Austria, Belgium, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, France, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Itali, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Slovakia, Slovenia, Spain, Sweeden, dan Switzerland)
     
    -     Republik Islam Iran;
     
    -     Rakyat Republik China, tidak termasuk kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong dan Macao  
     
    Terdapat pengecualian tertentu tentang sekatan kemasukkan, termasuk pengecualian bagi penduduk tetap A.S. dan ahli keluarga terdekat warga negara A.S. yang tertentu dan penduduk tetap yang sah, antara pengecualian lain yang tersenarai dalam pengisytiharan. Jika anda berada di, baru-baru ini telah mengunjungi ke, atau berhasrat untuk singgah sementara atau membuat perjalanan melalui mana-mana negara yang disenaraikan sebelum anda merancang perjalanan ke Amerika Syarikat, kami mencadangkan supaya anda menangguhkan tarikh temuduga visa anda sehingga 14 hari selepas anda berlepas dari negara yang disenarai tersebut. Selain itu, jika anda mengalami selsema – seperti gejala, atau yakin yang anda mungkin terdedah kepada novel coronavirus, anda amat di galakkan untuk menangguhkan temuduga anda sekurang-kurangnya 14 hari. Tidak ada bayaran untuk menukar tarikh temuduga dan yuran permohonan visa adalah sah dari tarikh pembayaran selama satu tahun dalam negara dimana ia dibayar. Untuk pertanyaan mengenai menjadualkan semula tarikh temuduga konsular yang masih belum selesai, sila hubungi kami di [email protected] untuk khusus panduan.
  • Pada 31 Januari 2020, Pengisytiharan Presiden yang baru (“Presidential Proclamation 9983”) telah dikeluarkan dengan menambahkan sekatan perjalanan pada P.P.9645 dengan memperluaskan mereka kepada warganegara daripada enam negara tambahan. Sekatan ini hanya dilakukan terhadap visa imigran dan/atau visa diversiti, tidak kepada visa bukan imigran. Maklumat lanjut boleh didapati pada pautan ini.
  • Kanak-kanak di bawah umur 14 tahun dan warga tua yang berumur lebih 80 tahun mungkin tidak perlu hadir secara peribadi untuk temubjanji di Kedutaan. Maklumat lanjut tersedia di pautan ini.
  • Pemohon visa di bawah 18 tahun dikehendaki menghadiri temuduga visa mereka dengan salah seorang ibu bapa. Ibu bapa pemohon dikehendaki menyediakan sijil kelahiran asal.
  • Pemegang pasport Malaysia yang sebelum ini memegang visa A.S. mungkin tidak perlu hadir untuk temuduga visa jika mereka layak untuk Pembaharuan Visa Melalui Mel. Maklumat lanjut tersedia di pautan ini.
  • Kami ingin mengingatkan pemohon supaya TIDAK HADIR LEBIH DARIPADA 15 minit sebelum temujanji visa anda. Sila ingat bahawa jika anda tiba di Kedutaan dengan alat elektronik yang lain selain daripada telefon bimbit anda, anda KENA PULANG dan perlu menjadualkan semula temujanji anda. Kedutaan TIDAK BOLEH menyimpan beg atau peralatan tablet/komputer.

Gunung Rushmore, Dakota Selatan

Selamat datang ke Perkhidmatan Maklumat Visa Amerika Syarikat Malaysia. Di laman sesawang ini anda boleh mencari maklumat mengenai imigran Amerika dan visa bukan imigran serta syarat-syarat permohonannya. Anda juga boleh mengetahui cara membayar yuran permohonan visa, dan menetapkan janji temu di Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur.

Inilah laman sesawang maklumat visa rasmi Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.